Tuesday, December 14, 2010


AG COCO KELUAR DARI HUJAN?


Jikalau menyebut nama Hezry Hafiz, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapakah di sebalik nama tersebut. Tetapi jika menyebut AG Coco, pasti akan teringat bahawa beliau adalah salah seorang gitaris dari Hujan yang sering mengiringi band tersebut yang baru saja muncul dengan album ‘Lonely Soldier Boy’.

Baru-baru ini terdengar ura-ura mengatakan bahawa AG yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Coco telah pun keluar dari Hujan. Ramai yang terkejut dengan spekulasi yang timbul dan untuk merungkai segala persepsi peminat setia kumpulan ini, penulis sempat menghubungi AG menerusi telefon bagi mendapatkan kepastian yang sebenar.

Penulis: Benarkah ada ura-ura mengatakan bahawa AG telah keluar dari Hujan?
AG: Sebenarnya spekulasi yang ditimbulkan itu tidak benar sama sekali. AG bukan keluar dari Hujan tetapi sebenarnya AG telah terikat dengan kontrak FMC Music yang mensyaratkan bahawa AG tidak boleh lagi muncul bersama dengan kumpulan Hujan secara meluas di media cetak mahupun elektronik. AG masih lagi bersama kumpulan Hujan tetapi tidak boleh lagi muncul seperti dahulu lagi.

Penulis: Ada sebab lain yang lagi pentingkah sehingga memaksa AG tidak boleh lagi muncul bersama Hujan?
AG: Tidak ada sebab lain lagi kerana segalanya berpandukan kepada kontrak yang AG tandatangani bersama FMC Music. AG juga tidak boleh muncul bersama mereka di akhbar, majalah dan juga media elektronik. Kiranya AG hanya boleh bekerja di belakang tabir bersama anggota kumpulan Hujan sahaja.



Penulis: Adakah AG mempunyai perselisihan faham di antara anggota Hujan yang lain sehingga menandatangani kontrak bersama FMC?
AG: Tidak sama sekali. Kami tidak pernah ada perselisihan faham atau pun tidak bertegur sapa sesama anggota kumpulan Hujan. Perhubungan kami amat baik dan masih lagi seperti dahulu.

Penulis: Apakah yang AG lakukan sekarang ini setelah tidak lagi bersama Hujan?
AG: Buat masa ini AG agak sibuk menghasilkan lagu-lagu dan karya yang bermutu untuk pelbagai artis rakaman di Malaysia.

Penulis: Adakah AG ada mempunyai perancangan lain lagi selain daripada itu?
AG: Selain menghasilkan lagu, AG juga mempunyai studio rakaman AG sendiri dan buat masa ini AG agak sibuk sedikit menguruskan hal ehwal studio rakaman tersebut. Selain itu AG juga sedang dalam perancangan menerbitkan sebuah EP yang menggabungkan penyanyi-penyanyi seperti Yuna, Najwa Mahiaddin, Amira dari kumpulan Tilu dan Liana Fizi. Yang pasti, ianya merupakan sesuatu yang istimewa dan pasti menggegarkan industri hiburan di Malaysia.

Penulis: Ada apa-apa mesej yang ingin disampaikan kepada peminat AG?
AG: Terima kasih kepada para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada AG dan juga kumpulan Hujan. AG akan lakukan yang terbaik untuk semua! Terima kasih.

Nota Editor: Ahh...lega! Ingatkan dah tak nak geng dengan Hujan dah!

tp sedyh gak klo ag da time show tp xda gmbq bersama!!!waaaa!~

mmg benar aku sudah jatuh cinta!!!!





aku xtaw napa....skang aku rasa dah jatuh cinta kat someone...wahaha.....aku dah mula minat terlampau kat hujan band...sbb aku mnt HEZRY aka AG...aku ska dya sgt2 dah nie....1 blan cuti..tiap2 hr bka internet search psl dya...bca blog dya~!~ awww!! mmg jatuh cinta gla rr nie...dah rr org kmpg aku 2...

cek suka333333!!!!!!!!!!!!!!!!!!!